Alahan
Ubat
Tindakbalas alahan adalah kesan
sampingan ubat ubatan yang tidak diingini dan jarang berlaku. Pelbagai jenis
tindakbalas alahan boleh berlaku. Tindakbalas ini boleh berlaku dalam pelbagai
jenis daripada ruam ringan hinggalah kesan teruk kepada sistem utama badan.
Tindakbalas badan boleh memberi kesan kepada banyak sistem organ, tetapi
selalunya kulit adalah organ yang selalu mengalami alahan. Mengenalpasti tanda
dan gejala alahan ubatan adalah satu perkara penting kerana ia boleh mengancam
nyawa. Walau bagaimanapun kematian disebabkan oleh alahan ubat
amat jarang
berlaku.
Alahan ini jarang berlaku ketika
kali pertama mengambil ubat. Biasanya alahan akan berlaku apabila selepas
pengambilan kali kedua. Sekiranya anda bertindak balas pada kali pertama,
berkemungkinan anda telah terdedah dengan ubatan jenis tersebut tanpa
mengetahuinya. Tidak semua tidak balas sampingan terhadap ubatan adalah alahan.
Malah sebenarnya kurang daripada 10 peratus kesan sampingan ubat merupakan
alahan. Penyebab lain kesan sampingan merupakan interaksi antara 2 atau lebih
jenis ubat, ketidakcernaan ubat sepenuhnya di dalam badan (hati dan buah
pinggang), terlebih dos dan kesan sampingan seperti loya, muntah atau cirit
birit.
Tanda
dan Gejala
Alahan ubatan boleh menyebabkan pelbagai jenis gejala berlaku bergantung kepada
ubat dan kekerapan anda mengambilnya. Berikut adalah merupakan tindakbalas yang
selalu berlaku:
Kulit
- Campak – seperti ruam
- Gatal –tompokan merah di atas kulit dengan rupa bentuk
yang berbeza menyebabkan terasa gatal
- Photoallergy – Sensitif terhadap cahaya matahari, kulit
menjadi gatal dan kemerahan apabila terdedah kepada cahaya matahari
- Erythema multiforme – Merah, bengkak dan gatal di
tempat tempat tertentu adakala dikaitkan dengan pembengkakan permukaan
lidah
- Demam
- Sakit sendi dan otot
- Bengkak nodus limfa
- Jangkitan pada buah pinggang
- Tidak seperti kebanyakan tindakbalas alahan , yang
berlaku secara pantas selepas terdedah kepada bahan penyebab alahan,
tindakbalas alahan terhadap ubatan akan berlaku sehari atau seminggu
selepas pengambilan dos pertama.
- Anaphylaxis atau tindak balas anaphylactic - Merupakan
tindak balas yang serius dan boleh membawa kematian. Pesakit yang
mengalami tindak balas ini perlu dirawat dengan segera di bahagian
kecemasan Hospital.
- Tindak balas kulit- Gatal-gatal , tanda kemerahan ,
terasa panas dan gatal
- Kesukaran bernafas -Dada tersumbat, teras ketat,
mengeluarkan bunyi “wheezing”, tekak tersekat.
- Pitam – Sakit kepala dan hilang daya imbangan badan
secara tetiba akibat peningkatan tekanan darah
- Degupan jantung tidak sekata
- Bengkak pada muka, lidah, bibir, tekak, sendi, tangan
atau kaki
Hampir semua tindak balas
Anaphylactic berlaku dalam masa 4 jam selepas dos pertama. Kebanyakannya
berlaku selepas 1 jam mengambil ubat, namun ada juga yang berlaku dalam masa
seminit malah sesaat.
Sebab-Sebab
Tindak balas alahan ini berlaku disebabkan oleh sistem daya tahan bertindak
balas secara berlebihan terhadap ubatan, juga dikenali sebagai penyerang kimia
atau antigen. Tindakbalas berlebihan ini selalu dirujuk sebagai tindak balas
hipersensitiviti.
Badan menghasilkan antibodi terhadap
antigen dan menyimpannya di dalam sel khas.
- Antibodi dalam tindak balas alahan disebut
immunoglobulin E, or IgE.
- Apabila badan terdedah kepada ubat yang sama sekali
lagi. antibodi akan memberi signal kepada sel untuk melepaskan bahan kimia
“mediator”." Histamine adalah contoh sejenis mediator
- Kesan mediator ini akan menunjukkan gejala-gejala
tindakbalas.
Penyebab utama alahan ubatan adalah
seperti berikut:
Painkillers ( analgesics) scodeine,
morphine, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs, seperti ibuprofen atau
indomethacin), dan aspirin.
- Antibiotics seperti penisilin, sulfa drugs, dan
tetracycline
- Ubatan Antiseizure seperti phenytoin (Dilantin) atau
carbamazepine (Tegretol)
Faktor
Risiko
Faktor risiko bagi alahan ubat:
- Selalu terdedah kepada ubatan
- Dos ubatan yang terlalu banyak
- Ubatan diberi melalui suntikan berbanding pil
- Kebiasaan untuk merangsang alahan dan asma
Rawatan
Rawatan untuk alahan ubat
termasuklah memahami perkara yang perlu dilakukan jika anda mempunyai
tindakbalas alahan ini. Elakkan ubatan yang menyebabkan alahan dan menggunakan
ubatan seperti antihistamines untuk gejala yang sederhana.
Sekiranya anda mendapat gejala alahan
sebaik sahaja selepas mengambil ubat, berjumpalah dengan doktor. Anda boleh
mengambil antihistamine seperti diphenhydramine(Benadryl dan sebagainya) untuk
menghilangkan kegatalan dan mengurangkan ruam.
Sekiranya tindakbalas menjadi
lebih teruk anda memerlukan rawatan seperti suntikan ataupun pengambilan secara
oral bagi corticosteroids. Tindakbalas anaphylaxis memerlukan tindakan segera
dengan suntikan epinephrine dan rawatan di hospital untuk mengekalkan tekanan
darah dan membantu pernafasan.
Pencegahan
Tiada cara yang diketahui untuk
mengelakkan alahan ubat. Anda boleh mengurangkan risiko dengan meminimumkan
pengambilan ubat selagi boleh. Semakin banyak badan terdedah dengan ubatan,
semakin mudah untuk mendapat alahan ubatan.
Sentiasa memberitahu anggota kesihatan yang anda temui untuk rawatan mengenai
alahan anda dan jenis tindakbalas yang anda hidapi. Jangan mengambil ubat yang
ada tindak balas kepada anda sebelumnya. Sekiranya anda sudah terdedah dengan
tindak balas kali pertama, risiko untuk mendapat tindakbalas yang lebih teruk
akan lebih meningkat. Sekiranya perlu, pakailah gelang atau rantai pengenalan
kesihatan.
Peralatan ini dipakai pada pergelangan tangan atau leher untuk
memberitahu anggota kesihatan mengenai tindak balas alahan dan risikonya. Anda
boleh membawa kad yang berkaitan informasi kesihatan di dalam dompet. Beritahu
anggota kesihatan yang merawat anda mengenai sebarang kesan sampingan yang
pernah dialami sebelum mereka mendispensi ubat kepada anda.
Beritahu anggota
kesihatan yang merawat anda tentang sebarang ubat, preskripsi atau tanpa
preskripsi yang anda telah ambil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan