burger

Isnin, 4 Mac 2013

10 HAL MENAKJUBKAN YANG ADA DITUBUH KITA


10 HAL MENAKJUBKAN YANG ADA 

DITUBUH KITA


Apakah ada yang menyangka bahawa tubuh kita juga memiliki hal yang menakjubkan dan unik.... hal ini tanpa kita sedari bahkan mungkin tidak kita pikirkan sebelumnya... semoga dengan membaca list dibawah ini kita boleh mengenali tubuh kita sendiri dan mensyukuri apa yang sudah ALLAH berikan pada kita....

_________________________________________________________________

1. Manusia dapat hidup walaupun kehilangan banyak organ dalaman


- Mungkin banyak diantara kita yang berfikiran,jika kita kehilangan salah satu organ internal,maka kita akan segera mati,walaupun hal ini berlaku pada organ hati dan jantung,namun tidak berlaku bagi organ2 internal lainnya.

- Faktanya,walaupun kita kehilangan limpa , 1 ginjal ,1 paru2 , 75% bahagian hati , 80% bahagian usus dan organ lainnya yang terletak di daerah pinggul dan pangkal paha, 
kita semua masih dapat hidup.

- walaupun fungsi-fungsi organ yang ada tidak dapat berjalan dengan baik dan anda tidak dapat hidup selama yang diinginkan , paling tidak , anda masih dapat hidup tanpa organ2 tersebut..

_________________________________________________________________________________

2. Kematian ratusan juta sel



Setiap minit, tubuh kita sedang tenat, ini adalah fakta. Setiap 60 minit berlalu, tubuh kita kehilangan 300.000.000 sel. Ini merupakan jumlah sel yang sangat banyak.

Mungkin ada di antara kamu yang berfikir, jumlah sel yang mati sangatlah banyak, kenapa tubuh manusia tidak juga membusuk? Hal ini terjadi kerana jumlah sel yang lahir lebih banyak daripada jumlah sel yang mati. Setiap hari, 10-50 trilion sel digantikan di dalam tubuh kita.

_________________________________________________________________________________

3. Rambutmu merupakan "superman" tubuhmu


Rambutmu merupakan "superman" tubuhmu, hal ini bererti bahawa rambut merupakan salah 1 bahagian pada tubuh kita yang sukar dimusnahkan.

Kerosakan rambut berjalan pada tahap yang sangat lambat dan ini bermaksud rambut boleh bertahan lebih lama daripada bahagian lain dari tubuh.

Faktanya, mumia yang telah dikebumikan beratus malah ribuan tahun lamanya masih mempunyai rambut di kepalanya.

Perubahan iklim, kelembapan, suhu, atau akibat zat asam dan kimia, tidak boleh merosakkan rambut kita semua. Satu-satunya kelemahan utama dari rambut adalah api, kerana struktur pembentuk rambut terdiri 
dari bahan karbon.

_________________________________________________________________________________

4. Waspada kekuatan asid


Perut juga merupakan salah 1 bahagian terkuat dalam tubuh. Di dalam perut terdapat asid yang sangat kuat, sehingga dapat melarutkan pemakanan zink.

Kalian mungkin berfikir, dengan asid yang begitu kuatnya, mungkin boleh membuat perut kita berlubang, tetapi hal ini tidak akan berlaku kerana lapisan di dalam perut kita dapat segera memperbaharui dirinya dengan begitu cepat untuk mencegah asid merosakkan perut kita.

Jika bukan kerana kapasiti memperbaharui dengan cepat ini, mungkin semua manusia mempunyai perut yang berlubang.

_____________________________________________________________________________________________

5. Paru-paru, tulang dan kuku



Pertama, paru-paru kita semua mengandungi pembuluh darah kecil yang disebut kapilari. Dalam paru-paru terdapat 300 juta kapilari, jika kita ambil semua kapilari tersebut, dan kita cantumkan dari hujung ke hujung, maka akan menghasilkan panjang sebanyak 1500 batu.

Kedua, kita boleh mematahkan tulang, tetapi sebenarnya tulang itu cukup kuat. Satu blok tulang sebesar batang mancis, 
dapat menahan berat hingga 9 tan.

Ketiga, kuku kita terus berkembang secara berterusan dan ketika kehilangan kuku tangan / kaki, akan mengambil masa selama setengah tahun untuk kuku tersebut boleh tumbuh dari pangkal ke hujung kuku

_____________________________________________________________________________________________

6. Kita selalu tumbuh setiap malam


Setiap malam, tubuh kita tumbuh sedikit. Dijangka, tubuh tumbuh sekitar sepertiga inchi ketika tertidur kerana cakera tulang rawan tertekan oleh graviti ketika kita duduk atau berdiri. Namun, ketika mula bangun dan berjalan, tinggi badan akan menyusut ke tinggi semula.

_____________________________________________________________________________________________

7. Nature s Filter



Buah pinggang berfungsi untuk membersihkan racun dalam tubuh. Yang menakjubkan di sini adalah keupayaan penapis dari buah pinggang. Setiap buah pinggang mengandungi 1 juta penapis. Hal ini bererti di dalam tubuh mengandungi 2 juta penapis, yang menapis 1,3 liter darah setiap minit dan mengeluarkan urin 1,4 liter per hari.

Tanpa fungsi penapis ini, racun akan terkumpul di dalam tubuh kita dan kita akan sering sakit dan dekat dengan kematian. Inilah sebabnya orang-orang yang mengalami masalah kegagalan buah pinggang, perlu melakukan pencucian darah secara rutin.


_________________________________________________________________________________

8. Tubuh kita panas


Tubuh manusia adalah sebuah mesin pengeluaran tenaga yang besar. Ketika melihat tubuh manusia menggunakan teknologi infra merah, yang dilihat adalah pancaran panas yang keluar dari tubuh manusia. Panas yang dihasilkan oleh tubuh, membantu manusia untuk tetap hidup.


Faktanya, tubuh manusia boleh menghasilkan panas hanya dalam masa 30 minit, di mana hasilnya adalah panas tersebut boleh membuat setengah 
gelen air mendidih.

Yang kelihatan memang tidak seperti ketika memasak air hanya dalam masa beberapa minit di atas dapur, namun ingatlah bahawa dengan panas tersebut dan tanpa melakukan apa-apa setiap hari, panas itu membuat kita 
tetap hidup hingga hari ini.

_________________________________________________________________________________

9. Kita adalah makhluk visual


Kita adalah makhluk visual kerana sebahagian maklumat yang kita peroleh berasal dari pancaindera penglihatan 
daripada deria yang lain.


Walaupun kelawar dapat memproses sebahagian besar maklumat melalui telinganya, kita memproses lebih dari 90% maklumat melalui mata kita, sedangkan 10% maklumat lain diproses melalui 
deria sentuhan, rasa, bau, dan suara.


_________________________________________________________________________________

10. Batas kelajuan


Tubuh manusia tidak dapat bergerak secepat binatang lain, cheetah contohnya, tetapi manusia boleh melebihi kelajuan 100 batu per jam dengan sesuatu perkara, iaitu ketika kita bersin.


Ketika kita bersin, kita mengeluarkan udara dari hidung dan mulut dengan kelajuan 100 batu per jam. Dan itu merupakan sesuatu perkara yang harus dibanggakan.

Sebagai maklumat tambahan, apabila bersin, jangan ditahan. Apabila tetap nekad menahan bersin, akibatnya adalah boleh menyebabkan patah tulang di tulang rawan hidung, mimisan, pecah gegendang telinga, gangguan pendengaran, vertigo, dan retina yang terkeluar atau mengalami emfisema.

Hal ini berlaku kerana tubuh berusaha menahan kelajuan dari bersin yang tinggi. Jadi kalau bersin jangan ditahan ya ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan