burger

Isnin, 25 Mac 2013


JENIS-JENIS PENYAKIT DAN TINDAK BALASNYA
PENYAKIT & TANDA-TANDA



TEKANAN DARAH TINGGI
Tekanan Sistol (Atas) 140 Ke Atas.
Tekanan Disatol (Bawah) 90 Ke Atas.
Lemah Semangat. Lenguh Bahagian Bahu.
Sukar Tidur Malam.Mata Merah Sebam.
Sering Sakit Kepala. Leher Rasa Tegang.
Belakang Kepala Bahagian Atas Rasa Sakit Dan Tegang.
Sakit Kepala (Berlaku Selama 2 - 10 Hari).
Kurangkan Makanan Berminyak, Berlemak, Garam Dan Makanan Berkanji 
(Nasi, Mee).
Makan Lebih Sayur-Sayuran Dan Buah-Buahan. Jangan Kerja Terlalu Berat Dan Tenangkan Perasaan.Tidur Secukupnya.Makan Makanan Yang Berserat Tinggi Seperti Oat Dan Sebagainya. Kurangkan Berat Badan Dan Banyakkan Senaman.


TEKANAN DARAH RENDAH
Kaki Dan Tangan Sejuk.
Pening Bila Bangun Cepat.
Cepat Letih.
Muka Pucat.
Selalu Mengalami Kelemahan Dengutan Jantung.

Tegang Leher Bawah.
Kepala Pening Memusing.
Minum Air Secukupnya. Makan Makanan Berkhasiat Dan Bergaram. Jangan Bekerja Keras.
Kawal Perasaan Supaya Tenang.


BUASIR
Berak Berdarah.
Dubur Berasa Sakit Di Bahagian Luar Atau Dalam.

Dubur Terasa Gatal-Gatal.
Minum Jus Aleo Vera. Kurangkan Makanan Pedas Dan Berasid.
Lebihkan Makan Buah-Buahan Dan Sayuran Serta  Makanan Berserat Tinggi (Gentian). Elakkan Mengalami Sembelit.Jangan Mengangkat Barang-Barang Yang Berat. Tidak Meneran Ketika Membuang Air Besar.


KENCING MANIS 
Kerap Buang Air Kecil.
Sering Rasa Dahaga.
Badan Berasa Lemah.
Mudah Letih.
Mengalami Luka Yang Sukar Disembuhkan.
Dalam Masa Jangka Panjang Boleh Mengakibatkan Darah Tinggi, Sakit Jantung,Mata Kelabu, Kulit Jadi Hitam Dan Pecah Berair.Paras Gula Meningkat Dalam Seminggu.
Tangan Dan Kaki Menjadi Bengkak Sedikit.
Keadaan Akan Berkurangan Selepas Seminggu.
Kurangkan Makanan Berminyak, Berlemak, Garam Dan Makanan Berkanji (Nasi, Mee). Makan Lebih Banyak Sayur-Sayuran Dan Buah-Buahan. Jangan Bekerja Terlalu Berat Dan Tenangkan Perasaan. Makan Dalam Jumlah Yang Sedikit. Banyakan Senaman Ringan. Minum Air Rebusan Hempedu Bumi.


SAKIT PUAN
Keluar Cairan Putih (Penyakit Keputihan)
Haid Tidak Normal Dan Berasa Sakit. 

Cairan Putih Keluar Semakin Banyak.
Haid Tidak Stabil.
Kesan Pemulihan Dapat Dirasai Setelah Makan Jus 2 Hingga 3 Botol (500ml).
Jangan Minum Air Sejuk (Ais). Digalakkan Mandi Air Panas.
Tenangkan Perasaan.


SAKIT SENDI, SENGAL, PIRAI 
Sendi Sakit Dan Bengkak. Rasa Panas Di Bahagian Berkenaan.
Luka Lama Di Sendi Berasa Sakit.
Bila Serius, Sendi-Sendi Menjadi Bengkak.

Sendi Rasa Sakit. Badan Jadi Panas.
Kurangkan makanan berprotein, kacang pisang dan rebung.



REUMATISME
Berasa Sakit Sebelum Hujan.
Sengal Di Bahagian Sendi Atau Seluruh Bahagian Badan.
Kadar Metabolisme Menjadi Lemah.Bertambah Sakit .

Kurangkan Makanan Berprotein, Kacang, Pisang Dan Rebung.


SAKIT JANTUNG
Sakit Di Bahagian Atas Dada Di Sebelah Kiri.
Sakit Di Bahagian Lengan Atas Tangan Kiri.
Biasanya Berlaku Bila Perasaan Tertekan Dan Senaman Yang Berlebihan.
Sesak Nafas 

Rasa Sakit Di Dada
Kebas Di Lengan Atas Tangan Kiri.

Kurangkan Makanan Berlemak, Kolesterol. Jangan Minum Arak.
Kurangkan Merokok. Masa Tidur Yang Cukup Dan Bangun Awal. 

Dapatkan Nasihat Doktor 


LUMPUH 
Bercakap Telor (Tidak Dapat Bercakap Dengan Betul)
Kebas Tangan Dan Kaki Selepas Bangun Pagi.
Pergerakan Badan Tidak Lancar. Gangguan Ingatan

Rasa Sakit Di Bahagian Saluran Darah Yang Tersumbat.
Sakit Dan Pening Kepala. 

Bila Terjadi Kebas Tangan, Kaki Dan Percakapan Tidak Lancar,
Perlu Banyak Berehat Sepenuhnya Untuk Mengelakkan "Stroke"


ULSER GASTER
Sakit Di Ulu Hati.Pedih Di Dalam Perut.
Tekak Rasa Pahit Ketika Sendawa.
Bila Serius, Muntah Atau Berak Berdarah Hitam. 

Seram Sejuk. Perut Rasa Pedih. Berlaku Cirit-Birit Atau Sembelit.

Selepas Makan Jus 1 Hingga 2 Botol (500ml), Berasa Lega.

Jangan Makan Makanan Yang Masam Dan Pedas.
Kuantiti Makanan Dan Masa Makan Hendaklah Tetap.

BARAH
Keluar Darah Di Bahagian Yang Berkenaan.
Kulit Bengkak Dan Pecah Di Bahagian Berkenaan.
Ketumbuhan (Tumor) Yang Keras.

Keluar Darah Dan Nanah.
Jika Di Peringkat Awal Dan Pertengahan, Boleh Dipulihkan.
 

Makan banyak sayur-sayuran.
Makan sayur-sayuran segar secara mentah.
Kurangkan memakan daging merah.
Boleh mendapatkan rawatan radioaktif.

ASMA, PENAT / LELAH
Pernafasan Tidak Lancar.
Cuaca Kering, Berangin Dan Berdebu Boleh Menyebabkan Asma Berlaku.
Batuk Terutamanya Waktu Pagi

Bertambah Tenat Selama 2 - 3 Hari.
Kadangkala Muntah. Keluar Kahak.

Kurangkan Pengambilan Makanan Mentah Dan Minuman Sejuk.
Jangan Kerja Keras.

BATU KARANG
Sakit Menyucuk Di Bahagian Pinggang. 
Bertambah Sakit. Air Kencing Berkapur.
Kencing Berdarah.
Jangan Menahan Kencing.Kurangkan Makanan Berkalsium. Meminum Air Teh Daun Misai Kucing

JERAWAT
Disebebkan Horman Tidak Seimbang, Sembelit Atau Jangkitan Kuman.
Biji-Biji Di Muka Mengandungi Nanah

Kurangkan Makanan Berminyak Atau Berlemak.
Tidur Yang Cukup. Tenangkan Perasaan.

SAKIT BUAH PINGGANG (GINJAL)
Seluruh Badan Terasa Letih. Muka Pucat Sebam.
Kaki Dan Tangan Bengkak. Sakit Tapak Kaki Pada Waktu Ppagi.
Telinga Berdengung. Kadang-Kadang Rambut Gugur.
Susah Buang Air Kecil. Kerap Buang Air Kecil.
Sakit Di Bahagian Pinggang. Muka, Kaki Dan Tangan Bengkak Sedikit.
Minum Air Sedikit Demi Sedikit. Jangan Minum Minuman Bergas
Kurangkan Makanan Masin.Duduk Terlalu Lama Boleh Melemahkan Fungsi Buah Pinggang.
Senaman Memusingkan Pinggang Boleh Membantu Menguatkan Pinggang.

SAKIT BUAH PINGGANG (GINJAL) YANG TERUK DAN MENGGUNAKAN DIALYSIS
* RUJUK PESAKIT BUAH PINGGANG.

Seluruh Badan Terasa Letih.Muka Pucat Sebam.
Kaki Dan Tangan Bengkak.Sakit Tapak Kaki Pada Waktu Pagi.
Telinga Berdengung. Kadang-Kadang Rambut Gugur.
Susah Buang Air Kecil.
Buang Air Kecil Lebih Lancar.
Selepas 3 - 6 Minggu, Rawatan Dialysis Boleh Dikurangkan.
Selepas Sekurang-Kurangnya 8 Bulan Sakit Ini Akan Mulai Pulih. 

Minum Air Sedikit Demi Sedikit. Jangan Minum Minuman Bergas

Kurangkan Makanan Masin.
Duduk Terlalu Lama Boleh Melemahkan Fungsi Buah Pinggang.
Senaman Memusingkan Pinggang Boleh Membantu Menguatkan Pinggang

BADAN BERASID TINGGI
Badan Sentiasa Berasa Panas
Pecah Di Bahagian Dalam Mulut Termasuk Gusi.
Mudah Letih Dan Kurang Bersemangat

Selalu Berasa Mengantuk.
Badan Menjadi Panas.
Rasa Dahaga.
Air Kencing Berwarna Perang.
Kerap Kentut.

HEPATITIS A, B & C
Badan Lemah. Demam.
Air Kencing Berwarna Kuning Perang.
Najis Berwarna Putih. Mata, Muka Dan Kuku Berwarna Kuning.
Muntah. Perut Rasa Sesak. Kurang Selera Makan. Sakit-Sakit Sendi

Jangan Makan Makanan Yang Berlemak Selama Dua Bulan.
Jangan Kerja Teruk Selama Dua Bulan.
Jika Tidak Berbuat Demikian, Kemungkinan Berlakunya Kerosakan Kekal Pada Hati.

NEUROSIS (SAKIT JIWA RINGAN)
Selalu Rasa Bimbang Dan Was-Was.
Hilang Konsentrasi. Menjadi Pelupa
Mudah Letih Dan Kadangkala Tangan Menggigil.
Sukar Tidur Pada Waktu Malam. Cepat Marah

Di Peringkat Awal, Sakit / Tegang Kepala.
Tenangkan Perasaan Dan Ambil Mudah Dalam Masalah Harian
Jangan Banyak Merancang Dan Berfikir .
Lakukan Senaman Ringan Dan Beriadah

INSOMNIA (SUKAR TIDUR MALAM)
Insomnia Terjadi Disebabkan Terlalu Bimbang
Neurosis Juga Menyebabkan Insomnia
Selalu Bermimpi Sehingga Menganggu Tidur.

Peringkat Awal Tegang Kepala
Tenangkan Perasaan Sebelum Tidur .Jangan Paksa Tidur.Gunakan Teknik Bau-Bauan (Aromaterapi).Jangan Makan 2 Jam Sebelum Tidur

RESDUNG
Hidung Berhingus Dan Bersin Pada Waktu Pagi.
Sakit Atau Gatal Disekitar Pipi, Hidung, Mata Dan Telinga
Kurang Deria Bau (Hidu)
Iklim Panas Dan Lembab Menyebabkan Mudah Terjadi Resdung
Hidung Cukup Sensitif / Alahan.
Jangan Terlalu Fikirkan Tentang Masalah Resdung. Ini Melambatkan Penyembuhan. Tidak Membela Binatang Peliharaan.Kurangkan Pengunaan Karpet Di Rumah. Kurangkan Pengambilan Makanan Laut Dan Belacan.

ANEMIA (KURANG DARAH)
Selalu Pening Kepala
Tangan Dan Kaki Menjadi Sejuk
Muka Pucat Dan Badan Lemah

Keluar Darah Dari Hidung. Pening Kepala 
Permakanan Perlu Seimbang Dan Tambahkan Makanan Berzat

MANDUL
Rahim Tidak Subur (Sejuk)
Saluran Uterus Tersekat Atau Tersumbat
Sperma Kurang  Atau Lemah (Lelaki)

Keluar Banyak Darah Haid Berwarna Hitam.

Jalani Ujian Pemeriksaan Dan Dapatkan Nasihat Doktor

PSORIASIS (PENYAKIT KULIT)
Disebabkan Kadar Metabolisme Kulit Tidak Normal (Sel Baru Tumbuh Sebelum Sel Lama Mati)
Gangguan Perasaan Membuatkan Penyakit Ini Semakin Teruk.
Tenangkan Perasaan. Senangkan Hati Dan Jangan Banyak Berfikir
Selalu Bersihkan Kawasan Persekitanran Jangkitan.
Berjemur  Dan Kurangkan Membasihi Tempat Jangkitan. Kurangkan Pemgambilan Makanan Laut

KAKI BUSUK (HONGKONG FOOT)
Disebabkan Serangan Fungus (Kulat)
Mudah Terjadi Semula.
Selalu Berlaku Perasaan Terganggu.

Terasa Gatal-Gatal.

Tenangkan Perasaan. Sering Tukar Sarung Kaki.
Gunakan Kasut Yang Mudah Di Masuki Angin.  Sapukan Bedak Berubat.

BEGUK (GERONDONG) 
Disebabkan Hormon Tidak Seimbang Dan Kurang Iodin
Makan Banyak Dan Kerap.Pembengkakan Kelenjar Liur Pipi Bengkak
Dan Demam.

Permakanan Seimbang. Sapukan Cuka Yang Telah Dicampur Nila.

SAWAN (PENYAKIT TARIK)
Disebabkan Oleh Fungsi Hemispiar Otak Kiri Dan Kanan Tidak Seimbang.
Menjadi Tarik Secara Tiba-Tiba. Kekejangan. Mulut Berbuih.

Keluarga Beri Perhatian Kepada Pesakit Untuk Mengelakkan Kemalangan.
Pesakit Tidak Boleh Melakukan Tugas-Tugas Yang Merbahaya. Tidak Digalakkan Membuat Aktiviti Di Kawasan Berair Dan  Tempat Tinggi . T
enangkan Fikiran, Jangan Tidur Lewat. Perlu Mengambil Ubat Dan Mengikut Nasihat Doktor.

KULIT PECAH-PECAH DAN BERAIR BISA
Disebabkan Badan Berasid / Beracun, Darah Kotor, Kencing Manis
Kurangkan Makanan Berjenis Daging Merah Dan
Banyakan Makan Sayur.

LUKA DALAMAN
Luka Dalaman Menyebabkan Pengaliran Darah Tersekat
Jika Tidak Dirawat, Menyebabkan Sakit Urat Saraf, Sakit Sendi, Darah Tinggi, Sakit Buah Pinggang.

Sengal Dan Sakit Di Bahagian Yang Luka
Rasa Panas Di Bahagian Yang Sakit
Kadang-Kadang Kencing Berdarah Atau Berwarna Perang. 

Pengambilan Jus Mengkudu Boleh Mengurangkan  Luka Dalaman.
Kurangkan Pengambilan Makanan Yang Keras Dan Lambat Hadam.

SELEPAS PEMBEDAHAN
 
Rasa Sakit Di Bahagian Yang Dibedah.
Tidak Melakukan Aktiviti Lasak.
Pengambilan Jus Mengkudu  Dan Ikan Haruan Boleh Membantu MEMPERCEPATKAN Penyembuhan.

MEROYAN (SELEPAS BERSALIN)
Disebabkan Fungsi Badan Tidak Seimbang Selepas Bersalin
Tekanan Perasaan.
Menjadi Histeria Seperti Dirasuk Hantu
Kadang-Kadang Disebabkan Darah Nifas Tidak Habis Keluar.

Mengantuk. Badan Rasa Sakit. Darah Nifas Keluar Habis-Habisan
Perasaan Menjadi Tenang Selepas Dua Minggu. 
Keluarga Beri Perhatian Lebih Untuk Menenangkan Perasaan Pesakit
Jangan Disangka Pesakit Dirasuk Hantu. Makan Makanan Berkhasiat.

TERLALU BANYAK MAKAN UBAT BARAT
Fungsi Badan Tidak Lancar
Kesan Sampingan Yang Mengancam Kesihatan

Ruam Dan Bintik Merah, Mungkin Gatal
Mulut Pecah Bahagian Dalam Bibir, Gusi, Lidah

Hati Menjadi Rosak. Mata Akan Kekuningan.

ALKOHOLIK (KETAGIH ARAK)
Selalu Sakit Kepala
Dengutan Jantung Semakin Cepat
Perut Dan Dada Terasa Sesak Dan Ketat

Minum Arak Boleh Memusnahkan Sel-Sel Hati Dan Otak.

SELSEMA
Berhingus Dan Sakit Tekak Yang Ringan . Bersin Dan Mata Berair.
Kurangkan Mandi Ketika Diserang  Selsema . Ambil Vitamain C.

SEMBELIT
Pembuangan Air Besar Yang Jarang-Jarang
Najis Kering Dan Keras. Kerap Kentot . Rasa Sakit Bila Membuang Air Besar.

Tambahkan Pengambilan Makanan Berserat. Minum Air Secukupnya. Makan Sayur-Sayuran Dan Buah-Buahan.

GASTRIK
Sakit Ulu Hati Dan Pedih Didalam Perut.
Tekak Rasa Masam Ketika Sendawa

Seram Sejuk Dan Berlaku Cirit-Birit Atau Sembelit

Makan Pada Waktunya. Jangan Berlapar
.

GOUT
Sakit Berdenyut Pada Sendi
Sendi Kemerahan, Membengkak Dan Terasa Panas

Sendi Menjadi Sakit Dan Terasa Panas.

Kurangkan Pengambilan Makanan Laut Dan Kekacang..

SAKIT KUNING
Berasa Panas Dan Demam
Sengal-Sengal Badan
Badan Lebih Panas
Air Kencing Berwarna Keruh.Meloya. Mata Kekuningan.


Ahad, 24 Mac 2013

INFO SIHAT - HIPERTENSI / TEKANAN DARAH TINGGI




HIPERTENSI/ TEKANAN DARAH TINGGI


Pengenalan

Hypertensi atau Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat.  Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 24%.

Tekanan Darah
Jantung anda bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat. Tekanan darah diukur dalam dua bacaan contohnya 140/75



  • Tekanan sistolik-nombor yang diatas (dalam contoh ini 140)
  • Tekanan diastolik- nombor yang bawah (dalam contoh ini 75)



Tekanan Darah Abnormal
Kategori
Sistolik
Diastolik
Normal
bawah 120
dan
bawah 80
Pre-hypertensi
120 - 139
atau
80 - 89
Hypertensi
140 dan keatas
atau
90 dan keatas
Hypertensi sistolik
160 dan keatas
dan
bawah 90



Penyebab-penyebab
Penyebab hypertensi selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor.Walau bagaimanapun hypertensi boleh disebabkan oleh:


  • Penyakit buah pinggang
  • Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid
  • Faktor keturunan
  • Alkohol dan merokok boleh meningkatkan risiko komplikasi hypertensi (termasuk penyakit jantung dan strok/angin ahmar)


Tanda & gejala

  • Selalunya, hypertensi tidak menunjukan sebarang tanda dan gejala.
  • Kadang-kadang pesakit mungkin mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti pening atau sakit kepala.
  • Periksa tekanan darah anda secara berkala di Klinik Kesihatan berdekatan. Doktor akan menasihatkan anda tentang kekerapan untuk memeriksa tekanan darah.


Komplikasi-komplikasi
Komplikasi-komplikasi Tekanan darah tinggi akan menyebabkan tekanan keatas organ-organ penting terutamanya otak, jantung, buah pinggang dan mengakibatkan kerosakan. Jenis kerosakan bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat.


  • Peningkatan mendadak tekanan darah
  • Boleh menyebabkan kekeliruan, khayal, sawan dan kematian, maka hendaklah dirawat segera

  • Tekanan darah tinggi berterusan. Tekanan berterusan keatas organ-organ tubuh akan menyebabkan :-

    • jantung - menyebabkan kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian

    • pembuluh darah - pembuluh darah menjadi keras

    • buah pinggang - mengakibatkan kegagalan buah pinggang

    • mata - pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensitif cahaya dalam mata

    • otak - strok/angin ahmar


Semua komplikasi di atas dapat di cegah jika anda mendapatkan rawatan awal.

Rawatan
Tekanan darah tinggi anda boleh di rawat secara


  • Rawatan tanpa ubatan
  • Anda perlu mengubah cara hidup seperti
  • Kurangkan pengambilan garam
  • Meningkatkan aktiviti-aktiviti fizikal
  • Mengurangkan berat badan jika berlebihan melalui senaman dan pemakanan
  • Berhenti merokok dan pengambilan alkohol
  • Hindari stress
  • Rawatan Ubatan